Terdapat 4 kategori rekabentuk atau family PIC
iaitu Baseline , Mid-Range ,Enhanced Mid-Range dan PIC18 . Fungsi dan juga
kekompleksaan bertambah untuk setiap family, dan ini bergantung kepada pengguna
untuk memilih jenis rekabentuk yang dihendaki. Walaubagaimana pun, untuk projek
elektronik DIY ,kebiasaannya kategori PIC yang digunakan adalah PIC jenis Baseline
dan juga Mid-Range dan kadang-kala Enhanced Mid-Range. Ini adalah ia
senang ditulis program untuk PIC tersebut,begitu juga dengan fungsinya yang tidak
terlalu banyak dan kompleks.
PIC18
seringkali digunakan untuk rekabentuk sistem yang lebih kompleks dan banyak
fungsi khas yang diperlukan. Ia biasanya digunakan dalam produk pengguna
seperti minikompo, television LCD dan sistem kawalan kenderaan dan pelbagai lagi.