Friday 15 February 2013

Knight Rider Chasing LED


Prototaip
Schematic Diagram




Prototaip ini merupakan “Knight Rider” iaitu mengandungi 8 LED yang menyala secara berterusan dari kiri ke kanan dan sebaliknya, dan juga menyala dari bahagian tengah ke hujung LED. Nyalaan LED ini seolah-olah ‘berekor’ dan menari.  Litar ini mempunyai 3 pilihan untuk nyalaan LED yang boleh melalui suis. Menggunakan PIC 16F628A dan tidak memerlukan crystal oscillator luar (menggunakan Internal Osc).

Thursday 14 February 2013

Architecture PIC / Kategori rekabentuk



Terdapat 4 kategori rekabentuk atau family PIC iaitu Baseline , Mid-Range ,Enhanced Mid-Range  dan PIC18 . Fungsi dan juga kekompleksaan bertambah untuk setiap family, dan ini bergantung kepada pengguna untuk memilih jenis rekabentuk yang dihendaki. Walaubagaimana pun, untuk projek elektronik DIY ,kebiasaannya kategori PIC yang digunakan adalah PIC jenis Baseline dan juga Mid-Range dan kadang-kala Enhanced Mid-Range. Ini adalah ia senang ditulis program untuk PIC tersebut,begitu juga dengan fungsinya yang tidak terlalu banyak dan kompleks.



 PIC18 seringkali digunakan untuk rekabentuk sistem yang lebih kompleks dan banyak fungsi khas yang diperlukan. Ia biasanya digunakan dalam produk pengguna seperti minikompo, television LCD dan sistem kawalan kenderaan dan  pelbagai lagi. 

Monday 4 February 2013

uController, mikropengawal



Mikropengawal (microcontroller atau PIC)



            uController  ialah peranti yang mengandungi memori dan beberapa fungsi peripheral terbina dalam satu cip. Keadaan ini membolehkan penggunaan komponen  dalam sistem dan kos dikurangkan. Sistem yang diperlukan sangat minima, bergantung kepada fungsi yang dikehendaki. Ia terdapat di dalam pelbagai peralatan elektronik masakini seperti handphone, kereta, minicompo dan banyak lagi. Sistem ini dikenali sebagai Embedded System yang menggunakan firmware untuk beroperasi.



Firmware merupakan perisian /aturcara yang diprogramkan khusus untuk PIC berfungsi. Jadi projek yang terdapat di dalam blog ini menggunakan firmware dan juga hardware. PIC yang digunakan adalah dari jenis Microchip, kerana ia mudah didapati dan juga harganya yang berpatutan.